Tuesday, March 29, 2011

pelajar pendidikan khas sk telok gadong 2011


BILANGAN PELAJAR HANYA 8 0RANG SAHAJA,
GURU PEMBIMBING:: PUAN RAFIDAH 
PEMBANTU:: CIK AZI

P/S:: SATU KENANGAN YANG TERINDAH BILA DUDUK BERSAMA-SAMA MEREKA
WALAUPUN RUPA PARAS, DAN TINGKAH LAKU TIDAK SAMA SEPERTI
MANUSIA YANG NORMAL, NAMUN BILA BERSAMA MEREKA
HATI MENJADI SENANG DAN TENANG
S0 NICE ^___^


PELAJAR PENDIDIKAN KHAS DI SK TELOK GADONG, KLANG.



ADAM:: MENGALAMI MASALAH PENDENGARAN



ASYURA:: MENGALAMI MASALAH TERENCAT AKAL



HISYAM:: MASALAH PERTUTURAN



MAISARAH:: MASALAH PERTUTURAN
DAN PENGLIHATAN

Saturday, March 26, 2011

jgn lupe kempen global Earth Hour malam ini (26/3/2011)

kepada semua rakan fesbuk yg disayangi...jgn lupe kempen global Earth Hour malam ini (26/3/2011) . Turn off the light from 8.30pm to 9.30pm tonight. 1 step towards saving our world.

Sunday, March 13, 2011

chiken dance with student's telok gadong..


Chiken dance di sk telok gadung, klang......

Harini sekolah sk telok gadong mengadakan aktiviti merentas desa, sebagai guru pratikal kami melibatkan diri dalam menjaga cheak point lentas desa, bila lagi nak merasakan pengalaman sebeginikan...kami di suruh menjadi fasilitator untuk menguruskan tarian poco2 dan chiken dance..masa tue terkejt jugak,, napew PK koko suruh underspot, kalau kami diberi tahu awal2 bulehlah kami siap sediakan diri huh masalah2..tapi takpe ini bukan satu halangan yang teruk..bebekalkan ilmu didada kami menyahut tawaran tersebut...setakat chiken dance, s0 apalah sangatkan s0 simple..kami selalaku ketua/0tai  memulakan tarian tersebut secara underspot...al-hamdulilah tarian chiken dance kami dapat sambutan dari guru dan murid...sehingga ulang 2kali gitu hahahahhahahaa...terharunya(^___^)

Selesai merentas desa, kami menjadi hakim/juri pertandingan mewarna kepada murid2 yang tidak melibatkan diri dalam merentas desa ( mungkin mereka mengalami masalah kesihatan) ini satu penghargaan bagi kami walaupun ia tidak seberapa...t0day we enjoy sanggat...h0pe dia 0wg p0n enj0y macam kami (^^^^) yang baik semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk datangya dari kami.

ikrar pengawas dari student sk telok gadong,klang




sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikiran kita.


Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah disiplin pelajar masa kini.



Para pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar sekarang. Walaupun begitu institusi keluarga dan sahabat merupakan sumber yang paling rapat dapat mempengaruhi pelajar.



Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke peringkat remaja biasanya diasuh oleh pembantu rumah. 



Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. 



Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.



Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.



Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

Friday, March 11, 2011

mural di pra sekolah sk telok gadong...





hasil nukilan daripada: pelajar unisel shazana halim, hidayah zarwani, siti aminah, wan nor salima

.