Monday, February 6, 2012

Man Utd pantang menyerah kalah (Chelsea VS MU 3-3)

Man Utd 3-3 Chelsea

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berjaya menjaringkan 2 gol menerusi sepakan penalti sewaktu menentang Chelsea dalam pertemuan Big Match, di Stamford Bridge, Malam tadi. Manchester United berjaya membuat aksi "Come Back" setelah ketinggalan 0-3 kepada Chelsea hasil jaringan yang dilakukan daripada Rooney dan Chicharito. Namun Rooney mengakui bahawa dia tidak yakin dengan dua penalti yang diberikan kepada pasukannya itu sememangnya layak ataupun tidak. Tetapi Rooney berterima kasih kepada Pengadil perlawanan, Howard Webb, yang telah memberikan hadiah penalti tersebut.


“Saya tidak yakin dengan dua penalti yang kami dapatkan itu. Saya berterima kasih kepada Howard yang telah memberikannya,” ujar Rooney kepada Sky Sports 1.

“Saya selalu mempercayai diri saya untuk mengambil sepakan penalti. Saya menunggu penjaga gol bergerak dan saya akan menendang ke arah lain,” Katanya.


Rooney juga mengakui bahawa beliau sangat kecewa kerana United gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut. Namun beliau merasakan jika United telah menunjukkan kepada City bahawa pasukannya pantang menyerah kalah.


“Kami kehilangan dua mata. Tetapi setelah kami ketinggalan 3-0, seluruh pemain Manchester City yang tengah menonton di rumah tidak akan senang duduk setelah kami berjaya mengejar kedudukan tersebut,” kata Rooney.

“Banyak pasukan akan menyerah dan akan menerima kekalahan jika mereka ketinggalan 3-0 , namun kami adalah pasukan yang tidak akan menyerah kalah selagi wisel penamat tidak dibunyikan,” Sambungnya Bola,Bola&Bola News : EPL





No comments:

Blog Archive

.