Saturday, July 6, 2013

I Love You Forever....


Alhamdulilah, Mak dah semakin sihat...
Syukur pada Allah S.W.T, semua yang berlaku atas kehendak-Nya..

Pada 25 .5. 2013 haritu adalah hari lahir Mak. Sebagai Tanda Ingatan dan Terima kasih untuk mak. Kami adik beradik bawa mak gi jalan2 dan makan2 di sekitar Sg Petani. Sekian Lama terbaring atas katil hospital, sekali sekala menghirup udara segar di luar, best jugak kan!! Hope mak enjoy dan Happy !!!

(i like this Moment)

Masa tengah On da Way nak gi bersantai-santai di Jety Titi Semeling, kami sempat singgah di kedai kek Fairy yang berhampiran dengan Tesco Sg petani (U), Kek2 yang ada di kedai nie memang best dan mengikut selera Ana..  Kalau tak percaya Pergilah beli hehehehehe...

( Mak dan Adik Tengah memilih Roti dan pizza )

Sebaik Saja selesai sesi memilih dan membeli roti dan kek, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi kami. Best tau kalau dapat bersantai2 di chalate ni, Kalau Nak tahu, Waktu senja di titi semeling ni memang best (buktinya anda boleh tengok gambar kat bawah ni) Hah cantik tak??? sapa kata tak cantik dia tak pandai nak menghargai ciptaan Allah. Sambil menikmati permandangan di sini, sempat jugak lah kami ngap (makan) roti dan kek yang di beli tadi  :)

(Menikmati Ciptaan Allah SWT )

Sekejap jer masa berlalu.. Matahari pun dah nak terbenam, orang tua2 cakap " Waktu Mahqrib macam ni, tak elok duduk di luar rumah", keadaan mak pun tak berapa nak sihat lagi.. So, kami pun cepat2 habiskan makanan dan minuman, kemudian bergegas untuk pulang.. sebelum pulang, Ana sempat lagi snap beberapa keping gambar... ini adalah salah satu gambar pemandangan yang ana sempat snap.

(Bukti Kehebatan Allah S.W.T)


Nie My Pebret Beg, Haritu mak cakap, Mak berkenan sangat dengan beg macam ni, kalau boleh mak nak yang sebijik macam nie.. Adoooooiiiiiii, jenuh jugaklah Hana pergi cari kat shopping Mall, tapi tak jumpa  jugak yang sebijik macam ni. takpelah, walaupun sayang sangat kat beg nie... So, terpaksalah redha. Everything for you mom, Janji mak cepat sembuh.. 

(Tak sehebat Mana, Tapi ini jer yang mampu)

 Alhamdulilah, selain daripada beg..  dapat jugaklah bagi handphone andorid kat mak, lepasni boleh lah KakoTalk dan Wechat dengan mak hehehee :) 

# Happy Besday Mak, WE love You.....

(My Family)


# Seburuk-buruk mana ibu bapa kita; dia tetap ibu bapa kita dan menjadi tanggungjawab untuk kita hormati mereka selagi mana tak langgar syariat..

No comments:

.